Tuesday, July 22, 2008

Terbayang sebuah masyrakat yang pelbagai bangsa, bahasa dan ugama. mereka hidup saling hormat menghormati. Taat kepada suruhan Tuhan masingmasing. Mereka tidak saling tuduh menuduh. mereka semua cuba menolong sedaya yang boleh bila terlihat kaum nya dan kaum lain dalam kesusahan.

mengapa kah di Malaysia makin sehari makin sukar didapati persepakatan antara kaum? mengapa kah ada dengki mendengki bukan sahaja diantara kaum tetapi sesama kaum. Ramai yang suka menjatuhkan satu sama lain. mengapa kurang sunggug semangat untuk membena semua supaya dapat berkongsi kekayaan negara untuk kesempurnaan semua rakyat?

Ketara bahawa ramai sudah lupa bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang kaya, jenuh dengan sumbar asli yang berharga. Ramai sudah lupa bahawa kalau kita semua saling tolong menolong kita dapat berkongsi kekayaan negara ini sesama kita dan semuanya akan cukup dan dapat merasai senang.

Sayang sekali kita nampak kaum cina mahu segalagalanya untuk nya sahaja. Kita nampak kaum melayu hendak sapu semua dan untuknya sahaja. Kita nampak kaum India pun hendak sebanyakbanyaknya.

semangat tidak suka berkongsi harta negara ini akan menjahanmkan dan meruntuhkan Malaysia. yang akan untung hanya orang luar yang akan mengambil faedah dari perpecahna kaum diMalaysia. Sayang sekali penduduk Malaysia tidak sudi belajar dari sejarah. Salam

No comments: