Malaysia mampu menjadi contuh yang paling baik untuk dunia kalau di uruskan dengan jujur sebabagai sebuah masyarakat pelbagai kaum, bahasa dan ugama. Sudahpun terserlah kepada dunia yang selama ini kita berkemampuan hidup bersama berkongsi harta negara dan menjaga keamanan negara kita dengan berkesan.
kalaulah negara lain memerlukan kepelbagaian kemahiran bahasa, Malaysia tersedia mempunyai rakyat yang boleh berbahasa Melayu, China, India dan Inggeris. Empat bahasa yang penting didunia untuk komunikasi dan menjalankan perniagaan antarabangsa sudahpun tersedia ada diMalaysia. Keuntungan ini haruslah kita gunakan untuk memperkayakan lagi Malaysia dan tidak dipersiasiakan dek kepenting politik sempit perkauman. Dan kalu kita rajin boleh kita tambahkan lagi dengan bahasa Arab, Perancis dan Spanyul. Bukan kah cara ini akan menghebatkan lagi bangsa dan negara?
Kita perlu permudahkan rakyat. Kita jangan membawa isuisu yang membebankan rakyat. itulah sebenarnya tugas dan tanggungjawab kerajaan.
Pengamal politik diMalaysia hendaklah belajar menjadi orang dewasa yang matang. Jangan terlalu dahagakan kuasa untuk mengangkat kedudukan diri sendiri. Janagn jadikan kepercayaan pengundi untuk mendabek dada dan bermegahmegah. Itu bukan sifat pemimpin yang baik.
Dalam sistem demokrasi pemimpin yang dipilih oleh pengundi adalah pemegang amanah...bukan pemegang kehormatan. Saya cadangkan supaya Ahli parlimen Malaysia patut bergelar Yang Beramanah bukan Yang Berhormat. Salam untuk semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment