Dalam sesebuah negara pelbagai kaum, diantara sifat yang paling penting ialah rakyatnya sering yakin meyakini dan percaya diantara satu sama lain. Adakah kita nampak sifat ini wujud diantara rakyat Malaysia? Kalau ketara sifat ini wujud bolehkah dirasai sedalam mana semangat percaya mempecayai diantara kaum itu hadir sentiasa masa?
Rakyat Malaysia keturunan melayu merasai bahawa dia telahpun memberi apa yang patut diberi kepada rakyat keturunan Cina dan India. Orang Melayu merasai bahawa dia adalah orang yang baik, berbudi bahasa dan berlemah lembut serta bertolak ansur kepada mereka yang datang dari India dan cina unutk hidup dan mencari makan di Malaysia.
Rakyat keturunan India dan Cina pula sering tertanyatanya; aku juga lahir di Malaysia, mengapa ada perbezaan dasar berbanding dengan orang Melayu? Yang mereka terasa sangat adalah dengan orang Melayu. Mereka tidak terasa sangat dengan kaum bumiputra lain seperti kaumkaum tempatan di Sabah dan Serawak. Persaan mereka ini senang di fahami dan orang Melayu juga bukannya tidak mengerti perasaan mereka itu.
Hakikatnya ialah orang Melayu, dengan Rajarajanya, adalah orang yang pertama menubuhkan kerajaan yang berkesan di Tanah Melayu ini. Sebelum datangnya saudagar Cina dan India atau Arab ke Tanah Melayu telah wujud kerajaan kerajaan disini yang menjaga keamana, mengutip cukai dan menguatkuasakan undangundang disekitar wilayang Tanah Melayu. Rakyat Malaysia yang berketurunan India atau Cina datang dan mereka telah menambah kekayaan Tanah Melayu tersebut. Tidak salah mereka memilih menjadi rakyat Tanah Melayu yang sekarang terkenak sebagai Malaysia. Bahkan anak keturunan mereka hendak pergi kemana kalau tidak terus hidup diMalaysia. Bolehkah atau munasabahkah mereka pulang ke India atau Cina pada masa ini atau dimasa hadapan? Siapa hendak menerima mereka?
Jadi, tidak mengapalah: suka atau tidak suka kita semua mestilah belajar hidup bersama, bertolak ansur, faham memahami antara satu sama lain dan jauhkan apa yang sensitif terhadap kaum masingmasing. Apa? susah sangatke hendak hidup dengan jalan bertolak ansur? Dunia manakah tidak ada masaalah?
Jadi bila kaum Cina mendabek dada bermegahmegah bahawa dialah yang bayar cukai lebeh di Msia, dialah yang hebat dan kerja kuat membangun ekonomi negara; Melayu pemalas dan hanya harap bantuan dari kerajaan! Hai! Inikah cara kita bersahabat dan membena masyarakat? Mengapa tibatiba fikiran kita jadi bodoh dan beku?
Kaum India pula melanyak orang Melayu menindas mereka; bahawa kemiskinan yang mereka hadapi adalah kerana diskriminasi oleh orang Melayu! Tidakkag mereka tahu bahawa ada siMelayu yang makan sekali sahari? Yang terpaksa mengikat lampu suluh dikepala jam 5pagi untuk memotung getah awal supaya tidak kering dek panas matahari dan untuk mendapat getah lebeg sedikit untuk menambah pendapatan untuk anakanaknya?
orang Melayu mersai lega bila kuasa politic berada ditangan nya. Dia tahu bahawa dia boleh bertolak ansur dengan kaum lain. selama ini pun dia telah memberikan segala jenis peluang sehingga kaum lain menjadi jutawan, walau pun dia sendiri terus terseret mengesut kesansini mencari makan di Tanah sendiri.
Kalaulah kuasa politic itu terlepas dari tangan nya bolehkah orang Melayu menharap bahawa nasibnya terus dibela seperti dia menjaga kepentingan kaum lain semasa dia memegang kuasa politik?
Dimanakah asas dan bukti untuk kaum melayu meletakkan keyakinan dan kepercayaannya bahawa kaum Cina dan India misalnya akan juga bertolak ansur dan menjaga kepenting nya apabila tidak lagi mempunyai kuasa politik? Inilah yang sentiasa membawa kecamokan dalam kepala orang melayu? Siapakah yang boleh meledakan kecamukan ini?
Selagi isu hak orang Melayu, kedudukan istimewanya dipersoalkan selama itu orang Melayu akan hilang rasa muhibah, yakin meyakini dan percaya mempercayai terhadap kaum lain. Jadi sifat yang terpenting bagi mengekalkan masyarakat pelbagai kaum makin terhakis. Semua pehak bertanggungjawab menjana dan menjelmakan semangat tersebut.
marilah kita semua sedar dan membuktikan bahawa kita mampu hidup bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment