Tuesday, July 29, 2008

Sunday, July 27, 2008

Bolehkah Malaysia terus kekal sebagai negara pelbagai kaum?

Dalam sesebuah negara pelbagai kaum, diantara sifat yang paling penting ialah rakyatnya sering yakin meyakini dan percaya diantara satu sama lain. Adakah kita nampak sifat ini wujud diantara rakyat Malaysia? Kalau ketara sifat ini wujud bolehkah dirasai sedalam mana semangat percaya mempecayai diantara kaum itu hadir sentiasa masa?

Rakyat Malaysia keturunan melayu merasai bahawa dia telahpun memberi apa yang patut diberi kepada rakyat keturunan Cina dan India. Orang Melayu merasai bahawa dia adalah orang yang baik, berbudi bahasa dan berlemah lembut serta bertolak ansur kepada mereka yang datang dari India dan cina unutk hidup dan mencari makan di Malaysia.

Rakyat keturunan India dan Cina pula sering tertanyatanya; aku juga lahir di Malaysia, mengapa ada perbezaan dasar berbanding dengan orang Melayu? Yang mereka terasa sangat adalah dengan orang Melayu. Mereka tidak terasa sangat dengan kaum bumiputra lain seperti kaumkaum tempatan di Sabah dan Serawak. Persaan mereka ini senang di fahami dan orang Melayu juga bukannya tidak mengerti perasaan mereka itu.

Hakikatnya ialah orang Melayu, dengan Rajarajanya, adalah orang yang pertama menubuhkan kerajaan yang berkesan di Tanah Melayu ini. Sebelum datangnya saudagar Cina dan India atau Arab ke Tanah Melayu telah wujud kerajaan kerajaan disini yang menjaga keamana, mengutip cukai dan menguatkuasakan undangundang disekitar wilayang Tanah Melayu. Rakyat Malaysia yang berketurunan India atau Cina datang dan mereka telah menambah kekayaan Tanah Melayu tersebut. Tidak salah mereka memilih menjadi rakyat Tanah Melayu yang sekarang terkenak sebagai Malaysia. Bahkan anak keturunan mereka hendak pergi kemana kalau tidak terus hidup diMalaysia. Bolehkah atau munasabahkah mereka pulang ke India atau Cina pada masa ini atau dimasa hadapan? Siapa hendak menerima mereka?

Jadi, tidak mengapalah: suka atau tidak suka kita semua mestilah belajar hidup bersama, bertolak ansur, faham memahami antara satu sama lain dan jauhkan apa yang sensitif terhadap kaum masingmasing. Apa? susah sangatke hendak hidup dengan jalan bertolak ansur? Dunia manakah tidak ada masaalah?

Jadi bila kaum Cina mendabek dada bermegahmegah bahawa dialah yang bayar cukai lebeh di Msia, dialah yang hebat dan kerja kuat membangun ekonomi negara; Melayu pemalas dan hanya harap bantuan dari kerajaan! Hai! Inikah cara kita bersahabat dan membena masyarakat? Mengapa tibatiba fikiran kita jadi bodoh dan beku?

Kaum India pula melanyak orang Melayu menindas mereka; bahawa kemiskinan yang mereka hadapi adalah kerana diskriminasi oleh orang Melayu! Tidakkag mereka tahu bahawa ada siMelayu yang makan sekali sahari? Yang terpaksa mengikat lampu suluh dikepala jam 5pagi untuk memotung getah awal supaya tidak kering dek panas matahari dan untuk mendapat getah lebeg sedikit untuk menambah pendapatan untuk anakanaknya?

orang Melayu mersai lega bila kuasa politic berada ditangan nya. Dia tahu bahawa dia boleh bertolak ansur dengan kaum lain. selama ini pun dia telah memberikan segala jenis peluang sehingga kaum lain menjadi jutawan, walau pun dia sendiri terus terseret mengesut kesansini mencari makan di Tanah sendiri.

Kalaulah kuasa politic itu terlepas dari tangan nya bolehkah orang Melayu menharap bahawa nasibnya terus dibela seperti dia menjaga kepentingan kaum lain semasa dia memegang kuasa politik?

Dimanakah asas dan bukti untuk kaum melayu meletakkan keyakinan dan kepercayaannya bahawa kaum Cina dan India misalnya akan juga bertolak ansur dan menjaga kepenting nya apabila tidak lagi mempunyai kuasa politik? Inilah yang sentiasa membawa kecamokan dalam kepala orang melayu? Siapakah yang boleh meledakan kecamukan ini?

Selagi isu hak orang Melayu, kedudukan istimewanya dipersoalkan selama itu orang Melayu akan hilang rasa muhibah, yakin meyakini dan percaya mempercayai terhadap kaum lain. Jadi sifat yang terpenting bagi mengekalkan masyarakat pelbagai kaum makin terhakis. Semua pehak bertanggungjawab menjana dan menjelmakan semangat tersebut.

marilah kita semua sedar dan membuktikan bahawa kita mampu hidup bersama.

Wednesday, July 23, 2008

Malaysia mampu menjadi contuh yang paling baik untuk dunia kalau di uruskan dengan jujur sebabagai sebuah masyarakat pelbagai kaum, bahasa dan ugama. Sudahpun terserlah kepada dunia yang selama ini kita berkemampuan hidup bersama berkongsi harta negara dan menjaga keamanan negara kita dengan berkesan.

kalaulah negara lain memerlukan kepelbagaian kemahiran bahasa, Malaysia tersedia mempunyai rakyat yang boleh berbahasa Melayu, China, India dan Inggeris. Empat bahasa yang penting didunia untuk komunikasi dan menjalankan perniagaan antarabangsa sudahpun tersedia ada diMalaysia. Keuntungan ini haruslah kita gunakan untuk memperkayakan lagi Malaysia dan tidak dipersiasiakan dek kepenting politik sempit perkauman. Dan kalu kita rajin boleh kita tambahkan lagi dengan bahasa Arab, Perancis dan Spanyul. Bukan kah cara ini akan menghebatkan lagi bangsa dan negara?

Kita perlu permudahkan rakyat. Kita jangan membawa isuisu yang membebankan rakyat. itulah sebenarnya tugas dan tanggungjawab kerajaan.

Pengamal politik diMalaysia hendaklah belajar menjadi orang dewasa yang matang. Jangan terlalu dahagakan kuasa untuk mengangkat kedudukan diri sendiri. Janagn jadikan kepercayaan pengundi untuk mendabek dada dan bermegahmegah. Itu bukan sifat pemimpin yang baik.

Dalam sistem demokrasi pemimpin yang dipilih oleh pengundi adalah pemegang amanah...bukan pemegang kehormatan. Saya cadangkan supaya Ahli parlimen Malaysia patut bergelar Yang Beramanah bukan Yang Berhormat. Salam untuk semua.

Tuesday, July 22, 2008

Terbayang sebuah masyrakat yang pelbagai bangsa, bahasa dan ugama. mereka hidup saling hormat menghormati. Taat kepada suruhan Tuhan masingmasing. Mereka tidak saling tuduh menuduh. mereka semua cuba menolong sedaya yang boleh bila terlihat kaum nya dan kaum lain dalam kesusahan.

mengapa kah di Malaysia makin sehari makin sukar didapati persepakatan antara kaum? mengapa kah ada dengki mendengki bukan sahaja diantara kaum tetapi sesama kaum. Ramai yang suka menjatuhkan satu sama lain. mengapa kurang sunggug semangat untuk membena semua supaya dapat berkongsi kekayaan negara untuk kesempurnaan semua rakyat?

Ketara bahawa ramai sudah lupa bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang kaya, jenuh dengan sumbar asli yang berharga. Ramai sudah lupa bahawa kalau kita semua saling tolong menolong kita dapat berkongsi kekayaan negara ini sesama kita dan semuanya akan cukup dan dapat merasai senang.

Sayang sekali kita nampak kaum cina mahu segalagalanya untuk nya sahaja. Kita nampak kaum melayu hendak sapu semua dan untuknya sahaja. Kita nampak kaum India pun hendak sebanyakbanyaknya.

semangat tidak suka berkongsi harta negara ini akan menjahanmkan dan meruntuhkan Malaysia. yang akan untung hanya orang luar yang akan mengambil faedah dari perpecahna kaum diMalaysia. Sayang sekali penduduk Malaysia tidak sudi belajar dari sejarah. Salam

Sunday, July 20, 2008

dengki dan khianat

Saya dapati sifat dengki dan khianat amat berbahaya kepada masyarakat. Kita hendaklah berasa gembira bila melihat orang lain berjaya atau mempunyai kelebehan. Sifat suka memuji orang yang mempunyai kelebehan dari diri kita boleh membawa suasana muhibah dalam masyarakat. rasa dengki dan suka membuat khianat datang dari jiwa yang kerdil.

Orang yang suka berdengki khianat adalah mereka yang tidak berdaya untuk mencapai kejayaan dengan kerja kuat yang ikhlas dan jujur. Kita sebagai orang Islam wajib membuang sifat dengki khianat dan bertaubat sepaya masyarakat selamat, aman, stabil dan maju.

Thursday, July 17, 2008

Hidup dalam kedamaian

Saya kini sudah tua. Keinginan yang paling kuat dalam diri saya kini adalah untuk melihat kehidupan yang aman damai diMalaysia. Marilah kita semua redakan segala perbalahan dan marilah kita saling bermaafan dianatara satu sama lain. denagn bermaafan ini kita akan rasa renagn dalam jiwa. jauhkan diri kita dari perasaan dengki, cemburu dan benci membenci diantara kita semua. Salam.

Berdamailah

Makin sehari makin banyak isuisu yang menggugat keamanan dikemukakan. Nampak seolaholah tidak ada benda dan perkara yang betul dalam masyarakt. Apakah gambaran ini disebabkan oleh pemaparan media sahaja atau pun hakikat yang nyata bahawa msyarakat Malaysia tak sudahsudah dilanda oleh rasa tidak senang dan tertekan?

Untuk menenangkan jiwa marilah kita semua berhenti segenap dan renungkan apa sebenarnya yang kita mahu dan yang paling penting dalam kehidupan kita ini?

keamana dan kesetabilan masyarakat, rasa saya, adalah yang paling kita mahu. Kita semua rasanya penting kan keamanan dan kesetabilan. Untuk mengujudkan keamanan dan kesetabilan masyarakat marilah kita jauhi diri dari bertengkartengkar hingga tak kesudahan. Biarlah kita diam segenap. Janganlah kita pentingkan sangat semangat nak menang 100% selalu.